Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

21 Jun 2022

Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak


Warna-warni di suasana Majlis Apresiasi Kecemerlangan JKSPk Tahun 2021 yang berlangsung pada 10 Jun 2022 di Hotel Weil, Ipoh bagi meraikan kakitangan yang memberikan perkhidmatan cemerlang melalui pelbagai anugerah.
Antaranya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) seramai 11 orang dan Anugerah Sijil Penghargaan Terampil pula seramai 15 orang. Majlis juga turut memberi Anugerah Pencapaian Gemilang dan Anugerah Khas bagi Mahkamah Syariah Daerah/Bahagian berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Pada majlis yang sama juga, turut diberi Anugerah Jasamu Dikenang buat 3 orang kakitangan yang telah bersara pada tahun 2021. Serta penghormatan buat Allahyarhamah Fairuz Binti Hamzah, Pembantu Tadbir Mahkamah Syariah Parit Buntar yang telah meninggal dunia baru-baru ini.
Selain itu, majlis turut menampilkan penampilan istimewa persembahan nasyid oleh kumpulan Inspire yang dianggotai oleh warga kerja Jabatan terdiri daripada Tuan Helmi, Tuan Mohammad Najib dan Encik Muhamad Fiqri.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 26/03/24 • Jumlah Pelawat : 21286928