Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

02 Mac 2023

Lawatan Sambil Belajar Darul Quran Jakim Ke Jabatan Kehakiman Syariah Perak


Seramai 30 orang pelajar daripada Darul Quran JAKIM termasuk pensyarah pengiring, Ustaz Abd Aziz bin Abd Samat telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Kehakiman Syariah Perak. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memahami dan mendalami mengenai undang-undang syariah negeri Perak.
Para pelajar diberikan taklimat terlebih dahulu oleh Puan Zuraidah binti Idris, Pengawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie Perak mengenai Sistem Pentadbiran dan Perundangan Negeri Perak. Para pelajar juga dibawa ke Dewan Bicara Mahkamah Rendah Syariah Ipoh bagi mengalami sendiri pengalaman perbicaraan syariah. Semoga para pelajar dapat menimba pengalaman baharu serta ilmu mengenai sistem perundangan syariah negeri Perak serta mengukuhkan ukhuwah kedua-dua pihak.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 26/03/24 • Jumlah Pelawat : 21286928