Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

21 November 2022

Kursus Etika Peguam Syarie, Majlis Perisytiharan & Penyampaian Sijil Peguam Syarie Negeri Perak Tahun 2022


Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSPk) telah mengadakan Kursus Etika Peguam Syarie kepada bakal Peguam Syarie baru Negeri Perak pada 9hb November 2022 (Rabu) bertempat di Dewan Bankuet, Ibu Pejabat JKSPk. Seterusnya seramai 28 orang Peguam Syarie baru Negeri Perak bagi Tahun 2022 telah diraikan dalam Majlis Perisytiharan dan Penyampaian Sijil Peguam Syarie Negeri Perak Tahun 2022 pada 10hb November 2022 (Khamis) bertempat di Dewan Bankuet JKSPk. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAA Dato’ Haji Ab Rahman Thobroni Bin Haji Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua Peguam Syarie baru yang telah ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Perak bagi tahun ini. Semoga dengan pentauliahan ini dapat meningkatkan martabat institusi perundangan syariah di masa akan datang. img2
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Aras 3, Bangunan Mahkamah Syariah Perak,
    Jalan Pari Off Jalan Tun Abdul Razak,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 02/02/23 • Jumlah Pelawat : 21286928