facebookinstagramblog RSS

24 September 2018 - Melacurkan diri, ibu tunggal berdepan hukuman sebat syariah

Tertuduh ditahan bersama seorang pelanggan pada 17 September antara 11.20 malam hingga 11.45 malam.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana persediaan melacurkan diri.

Wanita berkenaan juga bakal berdepan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 27 September ini sebagai tarikh menetapkan hukuman.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin.

Pendakwaan dikendalikan, Pendakwa Syarie Terengganu, Khasmizan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/melacurkan-diri-ibu-tunggal-berdepan-hukuman-sebat-syariah-186381