facebookinstagramblog RSS

18 September 2018 - Warga emas khalwat pasangan bukan Islam didenda

 

Berdasarkan fakta kes, pada 2 Januari lalu, jam 10.15 pagi, satu serbuan dilakukan ke atas sebuah hotel murah di Jalan Dato' Issacs, di sini, selepas menerima aduan awam .

Ketika sampai, didapati pintu lobi hotel terbuka manakala pintu grill tertutup rapat dan berkunci dari dalam serta tinjauan mendapati tiada sesiapa yang duduk berhadapan dengan pintu hotel.

Bagaimanapun, selepas menjenguk ke dalam lobi hotel, terdapat seorang wanita  sedang duduk di celah kelangkang seorang lelaki yang mana kedua-dua tangan lelaki itu sedang memegang bahu perempuan tersebut di atas sofa.

Selepas memberi salam, perempuan itu terus bangun dari kelangkang lelaki itu dan membuka pintu grill seperti diarahkan.

Hasil pemeriksaan mendapati mereka berdua sahaja berada di lobi hotel itu dan siasatan mendapati mereka tiada hubungan suami isteri atau mahram.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Khanurulhajja Mustafar.

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-emas-khalwat-pasangan-bukan-islam-didenda-185863