Kes Jenayah ialah kesalahan matrimonial dan kesalahan Syariah dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Perak) 1992, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004 dan Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004.

Proses Pengurusan

  • Proses utama pengurusan kes Jenayah akan bermula apabila pendakwa datang ke Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rendah Syariah untuk mendaftarkan kes.

  • Serentak dengan penerimaan pendaftaran, penjadualan kes akan dilakukan. Selepas itu kes tersebut akan disediakan dari segi fail kes, saman dan sebagainya. Kemudian kes disebut pada hari yang telah ditetapkan.
  • Selepas itu, perbicaraan penuh akan dijalankan iaitu setelah segala prosiding dilengkapkan pada hari-hari sebutan yang terdahulu.
  • Setelah perbicaraan kes selesai dijalankan, Mahkamah akan menguruskan pula perintah-perintah Mahkamah. Perintah akan diserahkan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk tindakan pelaksanaan dan penguatkuasaan.
  • Akhirnya, Mahkamah juga akan menerima apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan yang telah diputuskan. Proses rayuan akan diuruskan sehingga kes rayuan didengar dan diputuskan.
  • Secara ringkasnya proses utama ini boleh dirujuk kepada Carta Aliran Kerja Proses Utama Pengurusan Kes Mal dan Jenayah.