Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Pemakaian Kaedah 16 Subkaedah (1), (2) dan (3) Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 2003 Bagi Pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie 2014
Peguam-Peguam Syarie,
(yang beramal) di Negeri Perak,

Tuan/Puan,

PEMAKAIAN KAEDAH 16 SUBKAEDAH (1), (2) DAN (3) KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 2003 BAGI PEMBAHARUAN SIJIL AMALAN GUAMAN SYARIE 2014

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa permohonan pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie 2014 hendaklah mengikut kaedah dan subkaedah yang telah ditetapkan dalam Kaedah-kaedah Peguam Syarie 2003 seperti berikut:

PEMBAHARUAN SIJIL AMALAN GUAMAN SYARIE 2014
16.(1) Tiap-tiap permohonan bagi pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa tidak lewat daripada satu bulan sebelum habis tempoh Sijil itu. PADA ATAU SEBELUM
2 DISEMBER 2013
16.(2) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang D dalam Jadual dan dikemukakan kepada Jawatankuasa. [Atau borang permohonan pembaharuan yang disediakan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak]
16.(3) Fi bagi setiap Sijil Amalan Guaman Syarie adalah seperti berikut:  
(a) jika permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dalam
subkaedah (1), finya ialah satu ratus ringgit
SEHINGGA 1.12.2013
(b) Jika permohonan dibuat selepas tempoh yang ditetapkan oleh
subkaedah (1) tetapi sebelum tarikh habis tempoh sijil itu, finya
ialah satu ratus lima puluh ringgit
SELEPAS 1.12.2013
(c) Jika permohonan dibuat selepas tarikh habis tempoh sijil itu,
finya ialah dua ratus ringgit.
SELEPAS 31.12.2013
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

HJ. MOHD. RIDZUAN BIN YUSOF
Ketua Pendaftar,
Merangkap
Setiausaha Jawatankuasa Penerimaan Peguam Syarie,
Perak Darul Ridzuan.
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Aras 3, Bangunan Mahkamah Syariah Perak,
    Jalan Pari Off Jalan Tun Abdul Razak,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 04/07/22 • Jumlah Pelawat : 21286928