Ketua Pendaftar / CIO,
Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Perak Darul Ridzuan
KELULUSAN :
TAHUN |
PERKARA |
2005 |
PELATIH UNDANG-UNDANG, TETUAN AMLI & NONEE, KUALA LUMPUR |
2006 |
PEGAWAI TADBIR, MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT MELAYU PERAK |
2007 |
PEGAWAI SULH, MAHKAMAH RENDAH SYARIAH TAPAH |
2008 |
HAKIM SYARIE, MAHKAMAH RENDAH SYARIAH TAPAH |
2010 |
HAKIM SYARIE, MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PARIT BUNTAR |
2015 |
HAKIM SYARIE, MAHKAMAH RENDAH SYARIAH MANJUNG |
2016 |
KETUA UNIT DASAR/PEGAWAI PENYELIDIK, KETUA HAKIM SYARIE, |
2020 |
KETUA PENDAFTAR, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK |
Fungsi
Unit Pentadbiran berfungsi bagi menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan sumber manusia, mengurus selia penganjuran majlis-majlis rasmi, menyediakan kursus-kursus yang bersesuaian dengan kompentasi pegawai dan kakitangan.
Fungsi
Unit Kewangan mengawal, mengurus dan mentadbir perbelanjaan belanja mengurus serta pembayaran.
Fungsi
Fungsi
Unit Rayuan adalah berfungsi mengendalikan dan menguruskan pendaftaran kes-kes di Mahkamah Utama Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Unit ini juga bertanggungjawab untuk menyusun jadual pendengaran kes rayuan dan menjadi urusetia perjalanan persidangan kes di kedua-dua Mahkamah tersebut. Unit ini diketuai oleh Ketua Pendaftar dan dibawahnya ada seorang Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Penolong Pendaftar Tinggi dan Pembantu Pendaftar Tinggi Mahkamah Utama dan Pembantu Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah.
Fungsi
Unit Pembangunan sentiasa menyelaras, mengawal selia dan memantau pengoperasian dan penyelenggaraan bangunan ibu pejabat dan daerah-daerah. Unit ini juga mengawal dan memantau tahap keselamatan bangunan serta kebersihan persekitaran bangunan ibu pejabat dan daerah-daerah.
Fungsi
Merancang, menyelaras dan menguruskan perkhidmatan ICT di jabatan.
Fungsi
Unit Aset berfungsi dalam pengurusan penerimaan, pendaftaran, pemeriksaan, verifikasi, penyelenggaraam dan pelupusan bagi aset alih dan tak alih.
Fungsi
Unit Sulh merupakan satu unit yang diwujudkan yang memainkan peranan menyelaraskan perjalanan Majlis Sulh, proses dan aktiviti di seluruh Mahkamah Syariah Negeri Perak. Sulh merupakan perantaraan diantara pihak-pihak yang bertikai secara professional dan terpimpin yang diketuai oleh Pegawai Sulh berdasarkan prosedur tertentu dengan objektif menyelesaikan pertikaian tanpa melalui perbicaraan di hadapan Hakim. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit Sulh dan tujuh (7) orang yang menjalankan Majlis Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Perak dan Mahkamah Rendah Syariah Perak. Berdasarkan peruntukan undang-undang, Majlis Sulh menggunapakai Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Perak), Kaedah Sulh, Manual Sulh dan Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.