JAWATANKUASA KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK

1.0 LATAR BELAKANG

Selari dengan pembaharuan Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018, satu Jawatankuasa ditubuhkan menurut seksyen 5 Enakmen Mahkamah Syariah yang menjalankan peranan membuat pemilihan dan mengesyorkan calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie, Hakim-Hakim Mahkamah Utama Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Keanggotaan Jawatankuasa menurut seksyen 5 terdiri daripada 7 anggota berikut:

  • Ketua Hakim Syarie sebagai pengerusi;
  • Mufti;
  • Dua orang Hakim Mahkamah Utama Syariah;
  • Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah; dan
  • Dua anggota yang arif dalam Hukum Syarak atau Undang-Undang yang dilantik oleh DYMM Sultan;

2.0 FUNGSI JAWATANKUASA

Fungsi Jawatankuasa dinyatakan menurut seksyen 6 Enakmen Mahkamah sebagaimana berikut:

  • Mengesyorkan orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah untuk pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Sultan;

  • Mengesyorkan pembatalan pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah untuk pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sebarang pelanggaran kod etika atau apa-apa sebab lain yang munasabah berkaitan Hukum Syarak; dan

  • Menetapkan dan melaksanakan mekanisme dan syarat-syarat bagi pemilihan, pelantikan dan pembatalan pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah.

3.0 AHLI JAWATANKUASA KEHAKIMAN SYARIAH SESI 2019-2021

  1. Y.A.A Dato’ Hj Asa’ari Bin Hj Mohd Yazid - Pengerusi
  2. YABhg Tan Seri Dato' Seri (Dr.) Hj. Harussani Bin Hj. Zakaria - Mufti Negeri Perak.
  3. YABhg Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Bin Ahmad Makinuddin – Hakim Mahkamah Utama Syariah
  4. Y.A.A Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im Bin Mokhtar – Hakim Mahkamah Utama Syariah
  5. YBhg Dato’ Hj Abdul Aziz Bin Mohd Yusof – Pengerusi Mahkamah Rayuan.
  6. YDH Toh Seri Maharaja Lela Dato’ Seri Zainal Adzam bin Abdul Ghani
  7. Y.Bhg Prof Dato’ Dr. Shamrahayu Binti Abdul Aziz