Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah
Mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Perak, dalam bidang kuasa Jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang sedang berkuatkuasa dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya.
Mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Perak dalam bidang kuasa Malnya,"Mahkamah Tinggi Syariah" hendaklah :-
Dalam bidang kuasa Malnya, mendengar dan memutuskan atau membuat apa-apa perintah berkenaan semua tindakan dan prosiding yang berkaitan Agama Islam atau 'Adat Melayu Perak' dan termasuklah:
Mempunyai bidang kuasa rayuan terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara Jenayah. “Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh :-
Mempunyai bidang kuasa rayuan terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara Mal, “Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh :-
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, samada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, samada Mal atau Jenayah, dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-aoa arahan yang dikehendaki demi keadilan.