Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

20 February 2023

Persidangan Mahkamah Rayuan Syariah Perak


15 Februari 2023 - Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Perak telah bersidang buat pertama kalinya di Mahkamah Rayuan Syariah Taiping. Persidangan ini telah diadakan diluar daripada kawasan daerah Ipoh bagi memudahkan pihak-pihak yang menetap di zon utara menghadiri perbicaraan kes di Mahkamah yang berdekatan. Pembaharuan ini dilaksanakan selaras dengan kemudahan bangunan baru Mahkamah Syariah Taiping yang telah mula beroperasi pada tahun 2022.
Sidang Mahkamah Rayuan ini dianggotai oleh panel Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan oleh Y.A.A Dato’ Haji Abdul Aziz bin Mohd Yusof bersama Y.A Dato’ Mohammad Shakir Bin Abdul Hamid dan Y.A Tuan Haji Mohammad Taifor bin Ahmad Rusdi.
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 16/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928