Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

18 May 2023

Perhimpunan Bulanan Dan Majlis Silaturahim Aidilfitri Jabatan Kehakiman Syariah Perak


12 MEI 2023 : JKSPk telah mengadakan Perhimpunan Bulanan serentak dengan Majlis Silaturahim Aidilfitri di Dewan Bankuet JKSPk. Majlis dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna dan diikuti Lagu Kebesaran Negeri Perak. Bacaan doa dipimpin oleh Encik Muhammad Ikhram Ariff Bin Zainal Abidin, Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Teluk Intan. Majlis juga diserikan dengan ucapan amanat oleh YAA. Dato’ Haji Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie Perak dan majlis ditutup dengan tayangan video ringkas persiapan Kejohanan Karnival Sukan JKSPk 2023. Majlis Silaturahim Aidilfitri JKSPk juga diserikan dengan kehadiran beberapa Ketua-ketua Jabatan di negeri Perak. Selain itu, Jabatan turut menyediakan ruang pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta. Antara pemeriksaan kesihatan yang disediakan adalah seperti ujian tekanan darah, kaunseling kesihatan & pemakanan, ujian stress dan saringan HPV (Human Papillomavirus) untuk kakitangan wanita serta pelbagai lagi. img1
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 18/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928