Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

14 March 2023

One Stop Center (OSC) atau Pejabat Pendaftaran Mahkamah Syariah Perak Dilancar Bagi Membantu Tambah Baik Perkhidmatan Kehakiman Syariah Perak


10 MAC 2023: Pusat Khidmat Setempat (OSC) di Mahkamah Syariah Perak yang dikenali sebagai Pejabat Pendaftaran Mahkamah Syariah Perak telah dibuka dan dilancarkan pada pagi ini oleh YAA Dato’ Hj Ab Rahman Thobroni bin Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie Perak dan turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai kanan serta kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.
Pejabat Pendaftaran Mahkamah Syariah Perak ini ditempatkan di aras bawah (Ground Floor), Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak dan mula beroperasi sepenuhnya mulai 31 Januari 2023 dan dilancarkan secara rasminya pada hari ini.
Pembukaan Pejabat Pendaftaran ini bertujuan membolehkan pendaftaran kes-kes Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Utama Syariah dikhususkan secara berpusat disamping semua maklumat dan info berkaitan kes boleh diperolehi daripada satu tempat sahaja.Pelancaran Pejabat Pendaftaran tersebut adalah sebagai suatu inisiatif jabatan ini bagi menambahbaik perkhidmatan berbanding sebelum ini yang memerlukan pelanggan atau peguam terpaksa berurusan di setiap kaunter mengikut mahkamah berkenaan di aras yang berbeza..
Kami berharap, dengan bermulanya operasi Pusat Khidmat Setempat (OSC) Mahkamah Syariah Perak ini, ia akan dapat membantu masyarakat dengan lebih cekap dan efisien dalam urusan kes-kes di Mahkamah Syariah.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan turut dizahirkan kepada Kerajaan Negeri Perak yang sentiasa cakna akan keperluan serta meluluskan peruntukan bagi merealisasikan Hasrat pewujudan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Syariah Perak ini.
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 24/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286928