Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Media & Aktiviti Terkini

20 February 2023

Lawatan Jabatan Kehakiman Syariah P. Pinang (JKSNPP) Ke Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk)


13 FEBRUARI 2023 :: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah mengadakan lawatan kerja ke JKSPk. Delegasi lawatan kerja daripada JKSNPP diketuai oleh YAA. Dato' Muhamad Abdul Karim bin Wahab, Ketua Hakim Syarie dan beberapa pegawai dan kakitangan JKSNPP sendiri.
Lawatan ini bertujuan bagi sesi perkongsian ilmu daripada kedua-dua pihak dalam pengendalian pentadbiran sistem kehakiman dan pentadbiran antara satu sama lain. Pada masa yang sama juga berkongsi ilmu mengenai JKSPk yang mewujudkan Enakmen Mahkamah Syariah dan peringkat Mahkamah Syariah termasuk Mahkamah Utama Syariah.
Delegasi juga dibawa melawat Pejabat Pendaftaran Mahkamah Syariah Perak yang baharu operasi dan kawasan cadangan mewujudkan Kamar Sulh pada masa akan datang. JKSPk mengucapkan terima kasih di atas kehadiran JKSNPP dan merakam penghargaan di atas pertemuan ini demi memartabatkan kewibawaan institusi kehakiman syariah.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
  • Jalan Tan Sri Haji Harussani,
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-5018400
  • 05-5018522
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Kemaskini : 26/03/24 • Jumlah Pelawat : 21286928