facebookinstagramblog RSS

30032018: Perkasakan mahkamah syariah - Tengku Abdullah

awani

"Saya mahu ada hala tuju Mahkamah Syariah supaya setanding Mahkamah Sivil. Kita mulakan dahulu dan proses seterusnya akan diperhalusi oleh badan kehakiman," titah baginda ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Masjid As Sobirin di FELDA New Zealand di sini hari ini.

 

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad; dan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

Tengku Abdullah bertitah, peranan institusi Mahkamah Syariah sedia ada dilihat agak terkebelakang sedangkan ia sangat penting dalam memartabatkan undang-undang Islam.

"Sepatutnya Mahkamah Syariah menjadi satu institusi yang penting dan setaraf dengan peranan dimainkan Mahkamah Sivil dan kita perlu memberi perhatian dalam hal ini untuk mencari jalan meningkatkan imej dan peranan Mahkamah Syariah," titah baginda.

Baginda bertitah, pelaksanaan ini kelak tidak membabitkan kaum lain kerana jelas bahawa Mahkamah Syariah hanya membabitkan umat Islam.

"Saya tidak mahu ada pihak cuba memutar belit usaha ini dan menjadikan ia sebagai bahan politik mereka," titah baginda.

 

Sumber:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perkasakan-mahkamah-syariah-tengku-abdullah-171768