facebookinstagramblog RSS

040418: Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah mula operasi

"Maksud Mahkamah Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah  ini ialah untuk menyelesaikan secara sekali harung atau sekali gus kerana kebiasaan amalan pada hari ini, proses untuk perceraian, proses menuntut nafkah dan hak penjagaan mengambil tempoh yang agak panjang.

"Kesannya masyarakat melihat Mahkamah Syariah ini kerana faktor-faktor tadi kerana agak lambat atau mengambil tempoh yang agak panjang," katanya selepas melancarkan Majlis Pengisytiharan Penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah di sini hari ini.

Jelasnya, penubuhan mahkamah itu juga memastikan  golongan wanita dan anak terutamanya terus mendapat pembelaan yang sewajarnya.

"Jadi inovasi telah difikirkan di mana pakar-pakar mahkamah syariah telah dihimpunkan, begitu juga mereka yang mempunyai latar belakang termasuk barisan peguam, hakim, berbincang macam mana kita nak ambil satu pendekatan bagi mempercepatkan proses ini..

"Sebab lambat proses akan memberi kesan yang agak mendalam kepada pihak-pihak berkepentingan lebih-lebih lagi pihak wanita dan anak-anak, apatah lagi anak-anak itu masih kecil dan memerlukan tumpuan kasih sayang dan kewangan," ujarnya lagi.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yakin penubuhan mahkamah khas itu memberi harapan yang tinggi kepada mereka yang terkesan dengan penangguhan kes mahkamah.

"Kita nak mempercepatkan (kes tertunggak) supaya mereka boleh meneruskan kehidupan. Keduanya, isu penjagaan anak, kalau asyik tertangguh dan sebagainya, sebenarnya seluruh keluarga itu terkesan dengan hal perceraian.

"Ini sesuatu yang baik mentelah lagi dengan Tahun Memperkasa Wanita ia memberi makna kepada mereka yang terkesan dan melaluinya," tambahnya.

Pada masa sama beliau mencadangkan agar mahkamah khas itu turut diperluaskan ke negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

"Harapan saya supaya ia dapat dibuka juga di negeri-negeri lain," ujar beliau.

 

 

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-khas-perkahwinan-hadhanah-dan-nafkah-mula-operasi-172083