facebookinstagramblogtwitterRSS

30.01.2018: MAKLUMAN: Pengujian Data Recovery Center (DRC) MyMesyuarat 2.0

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia:
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
 
YBrs. Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Adalah dimaklumkan bahawa pihak MAMPU akan menjalankan aktiviti pengujian Data Recovery Center (DRC) MyMesyuarat 2.0 seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh   :  1 Februari 2018 (Khamis)
Masa    :  9.00 pagi - 5.00 petang
 
3.    Sehubungan dengan itu, sistem MyMesyuarat 2.0 di url https://www2.mymesyuarat.gov.my tidak dapat diakses sepanjang tempoh aktiviti pengujian di atas dijalankan. Dipohon kerjasama YBrs. Dr./tuan/puan agar dapat memaklumkan kepada semua pengguna di agensi masing-masing berkenaan aktiviti ini. Bersama-sama ini dilampirkan prosedur Penyenggaraan Sistem MyMesyuarat 2.0 untuk perhatian dan tindakan YBrs. Dr./tuan/puan bagi memastikan kelancaran mesyuarat yang dirancang pada tarikh berkenaan. Sebarang masalah atau pertanyaan lanjut boleh dikemukakan ke meja bantuan MyMesyuarat (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.).
 
4.    Segala kerjasama dan perhatian YBrs. Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
 
Sekian.
 
Pasukan MyMesyuarat MAMPU