facebookinstagramblogtwitterRSS

04 Mei 2017: Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan buat laporan polis terhadap Rafizi

 

Mahammad, yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis itu, berkata Rafizi pada prgram Parlimen ''olok-olok" pada 10 April lepas telah mengeluarkan kenyataan mendakwa rasuah dalam kalangan hakim mahkamah syariah lebih tinggi berbanding mahkamah sivil.

Menurutnya, Rafizi telah mengeluarkan kenyataan bahawa pindaan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang tidak menaikkan gaji hakim mahkamah syariah akan meningkatkan risiko pengambilan rasuah dan salahguna kuasa dalam kalangan hakim mahkamah syariah.

Beliau berkata kenyataan itu berunsur fitnah dan mampu mencemar dan mengikis kepercayaan terhadap institusi kehakiman syariah di negara ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berkenaan.

-- BERNAMA

Rujukan: 

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ketua-hakim-syarie-wilayah-persekutuan-buat-laporan-polis-terhadap-rafizi-141581

 

Dikemaskini: PPTM Diana Bakri