facebookinstagramblog RSS

Program World #QuranHour 1Jam bersama alQuran berlangsung pada 9 Zulhijjah 1437H | 11 September 2016.



1jam

--- SHAH ALAM - Program World #QuranHour yang telah berlangsung pada 9 Zulhijjah.


Maklumat lajut; FB @ WorldQuranHour

SHAH ALAM - Program World #QuranHour yang akan berlangsung pada 9 Zulhijjah ini bakal menjadi satu lagi detik bersejarah kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Program sejam bersama al-Quran serentak di seluruh dunia itu adalah inisiatif menimbulkan kesedaran dalam kalangan umat Islam tentang perlunya kembali kepada al-Quran.

Pengerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Abd Jalil Ali berkata, akhir-akhir ini umat Islam di Malaysia semakin menjauh dengan kitab suci al-Quran.

"Ia dibuktikan dengan kelakuan, salah laku, maksiat dan lain-lain, yang akhirnya menimbulkan musibah kepada kita semua.

"Atas kesedaran inilah, kita mengajak semua umat Islam mendekati al-Quran. Saya harap dengan adanya gerakan universal ini, timbul kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk membudayakan membaca al-Quran setiap saat, bukan hanya pada hari-hari tertentu sahaja," katanya.

"Program ini mengangkat al-Quran sebagai mukjizat yang relevan setiap masa. Gerakan seperti ini memang perlu dihayati oleh setiap umat kerana al-Quran adalah petunjuk sepanjang zaman," katanya.

Beliau yang juga Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian  berkata, selain membaca al-Quran, umat Islam mesti tahu pengertian ayat-ayat suci tersebut.

"Apabila kita tahu pengertian, fahaminya dan hayati lirik-lirik ALLAH, paling penting kita amalkan apa yang dijelaskan dalam al-Quran.

"Saya harap World #QuranHour ini menjadi permulaan untuk setiap umat Islam berinteraksi dengan al-Quran," katanya.

Menurutnya, kali ini program bertambah meriah apabila semua organisasi media perdana elektronik, cetak dan online di Malaysia, bergabung tenaga untuk sama-sama menjayakan gerakan tersebut.

"Lokasi utama program World #QuranHour kali ini adalah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, disokong oleh penuntut institusi pendidikan itu sendiri yang terdiri daripada lebih 100 negara Islam di dunia.

"Kita percaya, maklum balas yang diterima sangat baik dari negara Islam pada hari berkenaan dan dijangka berjuta umat Islam serentak membaca al-Quran," katanya.

Abd Jalil berkata, gerakan itu adalah lanjutan kejayaan penganjuran #MalaysiaNgaji Ramadan lalu.


Sumber: 18 Ogos 2016-Sinar Harian