facebookinstagramblogtwitterRSS

20072016: Perhimpunan Agamawan Kebangsaan, Bangi- Putrajaya. 'Agamawan Pemangkin Perpaduan Umah dan Pembangunan Negara'


Majlis Dakwah Negara (MDN-YADIM) akan menganjurkan Perhimpunan Agamawan Kebangsaan pada 20 Julai ini sebagai usaha menghimpunkan golongan berkenaan dan memacu peranan mereka untuk memupuk perpaduan ummah di negara ini.

Program ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Majlis Alumni Pengajian Islam Kebangsaan (MAPIK) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), selaku penganjur bersama.

Program sehari yang bertemakan `Agamawan Pemangkin Perpaduan Ummah dan Pembangunan Negara’ itu bakal berlangsung di Hotel Bangi, Bandar Baru Bangi, dan seramai 300 peserta telah mengesahkan kehadiran mereka.

Para peserta yang akan hadir itu terdiri daripada pelbagai golongan termasuk pensyarah institusi pengajian tinggi, penggerak badan bukan kerajaan (NGO) Islam, guru-guru agama dan aktivis-aktivis yang terlibat dalam aktiviti agama.

Perhimpunan berkenaan diadakan bagi mewujudkan satu platform kepada golongan agamawan bagi membincangkan peranan golongan berkenaan dalam membentuk perpaduan ummah dan menyelesaikan kemelut perpecahan ummah.

Program ini adalah susulan daripada penganjuran Multaqa Perpaduan Ummah oleh MDN, pada Mei lepas yang telah menghasilkan satu resolusi yang antara lain menekankan peranan pelbagai pihak termasuk golongan agamawan dalam menyemarakan perpaduan ummah di negara ini.

Sumber;
FB- YA Tn Mohammad Taifor b. Ahmad Rusdi, Dato' Muhamad Asri Abdullah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - Yadim
  
Kemaskini: Diana, PPTM