img1               img2                 img3                   img4  
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

Quality Systems




DEPARTMENT POLICY QUALITY

Committed in upholding the justice by providing quality and added value services.

 
  • Improving services qualtity continuously.
 
  • Exceeding customers satisfactory without violating the justice recommended by Syara' and law
 
  • Understanding and upholding a quality management system that complies with the standards requirements, guidelines and best practices in accordance with Syara' and laws.

Piagam Pelanggan

 
PIAGAM PELANGGAN

  • Menetapkan tarikh sebutan /bicara semasa hari Pendaftaran
  • Menyebut/membicarakan sesuatu kes Mal dan Jenayah dalam masa 21 hari selepas di daftarkan.
  • Menyelesaikan kes Mal dan Jenayah dalam setahun sekurang-kurangnya 65% daripada kes Mal dan Jenayah yang didaftarkan
  • Menyelesaikan kes Mal dan Jenayah yang tertunggak sebelum tahun semasa sekurang-kurangnya 65%
  • Menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas setiap aduan pelanggan yang diterima dalam tempoh 14 hari berkerja dari tarikh aduan diterima
  • Pendengaran pertama sesuatu kes rayuan didengar dalam masa 30 hari selepas naskah rekod rayuan diterima daripada Mahkamah yang keputusannya dibuat



  

Agency Policy

 

 VISION 
 “Becoming a Prestigious Judicial Institution” 

 MISSION 
Executing Judiciary. Court Management and Supporting Services in a Professional, Effective And Systematic Manner Based On The Provisions Of Islamic Law
To Achieve The Pleasure Of Allah. 

 FUNCTION
Managing The Trial And Deciding The Appropriate Punishment In Accordance To Syarak And Laws.

 MOTTO 
 “Syariah As a Principles Of Justice ” 



Department's Introduction


Sejarah Jabatan Kehakiman Syariah Perak

Mahkamah Syariah Era Kesultanan Melayu

Di zaman Kesultanan Melayu, keadilan telah di laksanakan di Mahkamah Syariah dengan di adakan Rayuan Sultan. Keadaan ini kekal sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah. Undang-undang Islam telah dilaksanakan di dalam semua bidang yang meliputi Undang-undang Keluarga, Jenayah, Undang-undang Tanah dan Mal.

Bermula daripada Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 hinggalah kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, suatu ketetapan telah disepakati secara bersama bahawa segala perkara berhubung Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu hendaklah berada di bawah bidangkuasa Raja Melayu. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan yang telah diamalkan sehingga ke tahun 1900 tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh permulaan kuatkuasa undang-undang tersebut. 

Adalah dipercayai undang-undang itu telah mula dilaksanakan semenjak pemerintahan al-Marhum Sultan Idris Murshidul A’azam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar iaitu pada tahun 1887 hingga 1916. Undang-undang Perak atau juga dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara undang-undang dalam pelbagai aspek.

Antara perkara yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak ialah:-

• Tugas serta tanggungjawab pemerintah : merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan atau Yang Di-Pertuan Agung dalam sektor pemerintahan serta para-para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam tampuk pemerintahan.

• Peraturan Adat Istiadat : sebagai contoh Adat menghadap Raja, Adat perlantikan Raja, Adat Berbahasa semasa berada dalam istana dan sebagainya.

• Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah : contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan sebagainya.

• Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal kekeluargaan : contohnya; perkahwinan, penceraian, pemahagian harta dan sebagainya.

 

Muat Turun

 

 Profil Jabatan

Mengikut peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam(Perak) 1992,[Enakmen Perak Jil. 46,Bil 4 Tahun 1993], Mahkamah Syariah di dalam negeri ini diwujudkan dalam tiga peringkat,iaitu;

  1.      Mahkamah Rayuan Syariah
  2.      Mahkamah-mahkamah Tinggi Syariah
  3.      Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah *Pada hari ini ada 9 Daerah

Ketiga-tiga peringkat Mahkamah Syariah yang tersebut itu, diwujudkan melalui sebuah jabatan yang dikenali dengan nama
Jabatan Kehakiman Syariah Perak.

 Daerah Mahkamah Tinggi Syariah Perak 
mahkamh

 Daerah Mahkamah Rendah Syariah Perak 
mahkamh

More Articles ...