img1               img2                 img3                   img4  
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

Enakmen Kebebasan Maklumat

Agensi ini belum lagi melaksanakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI).

Jika anda mempunyai sebarang permohonan untuk mendapatkan maklumat mengenai Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, sila berbuat demikian dengan mengisi Borang Permohonan Maklumat secara dalam talian (online).  
Setiap maklumbalas dan aduan yang diterima akan diproses dan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja. Terima kasih

Peranan dan Tanggungjawab CIO

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB CIO 

Adalah seperti berikut :-

 

  1. Memastikan semua pengguna memahami peruntukan-peruntukan di bawah Dasar Keselamatan ICT JKSPk;

 

  1. Memastikan semua pengguna mematuhi Dasar Keselamatan ICT JKSPk. Tindakan sewajarnya hendaklah diambil apabila berlaku sebarang pelanggaran keselamatan;

 

  1. Memastikan semua keperluan organisasi ( sumber kewangan, sumber kakitangan dan perlindungan keselamatan) adalah mencukupi;

 

  1. Memastikan penilaian risiko dan program keselamatan ICT dilaksanakan seperti yang ditetapkan di dalam Dasar Keselamatan ICT JKSPk; dan

 

  1. Memastikan Pelan Rancangan Pematuhan yang bertujuan untuk mengurus risiko yang timbul akibat daripada ketidakpatuhan Dasar Keselamatan ICT JKSPk.

Carta Organisasi MBJ 2015-2016

Carta Organisasi 
Jawatankuasa Perwakilan Majlis Bersama Jabatan
di Jabatan Kehakiman Syariah Perak
2015-2016

 

WAKIL PIHAK MAJIKAN
Bil Nama Jawatan Perwakilan
1. YAA Dato' Haji Asa'ari Bin Haji Mohd Yazid Ketua Hakim Syarie Pengerusi
2.  Tuan Hj Ab. Rahman Thobroni Bin Mohd Mansor Ketua Pendaftar Pengurusan
3.  Tuan Muhammad Fauzi Bin Uzir Abd. Wahab Pegawai Penyelidik  Pengurusan
4.  Encik Mahadi Bin Zainal  Pegawai Teknologi Maklumat  Pengurusan
5.  Encik Abdul Fitri Bin Salleh    Penolong Pegawai Syariah Pengurusan
6.  Puan Kholijah Binti Hamid  Penolong Pegawai Tadbir (Pent & Kew) Setiausaha
7.  Puan Hjh Rusminah Binti Hussin  Penolong Pegawai Tadbir (Pembangunan) Pengurusan
8.  Encik Raziz Hafizi Bin Khalid  Penolong Akauntan  Pengurusan
       
WAKIL PIHAK PEKERJA
Bil Nama Jawatan Perwakilan
1. Tuan Mohd Asri Bin Mohamad Ghazali    Hakim MRS Parit Buntar Pengerusi
2.  Tuan Mohd Hairuddin Nizam Bin Kamaruddin  Hakim MRS Tapah LS44
3.  Puan Hanim Binti. Khairani  Pegawai Sulh Setiausaha
4.  Tuan n Amir Sabri Bin Zulkipli Pegawai Sulh LS41
5.  Encik Mohamad Idilfitri Bin Redzuan    Penolong Pegawai Syariah LS32
6.  Puan Nurdiana Binti Haji Bakri Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
7.  Encik Mohd Jamil Bin Yahya  Penolong Pegawai Syariah LS27
8.  Puan Norasidahwati Binti Asri Pembantu Pendaftar LS26
9. Puan Norfaizah Binti Saad  Pembantu Syariah LS22
10.  Encik Ahmad Tamimi Bin Hj. Mustafa  Ketua Pembantu Tadbir  N22
11.  Tuan Syed Sulaiman Bin Syed Shuib  Ketua Pembantu Tadbir Kewangan  W22 
12.  Encik Mohd Hazizi Bin Ghazali  Pembantu Syariah  LS17 
13.  Puan Suriani Binti Aajid  Pembantu Tadbir Kewangan    W17 
14.  Encik Ahmad Kamal Bin Rustam Affendi Pembantu Perpustakaan  S17
15.  Encik Qamarul Akhyar Bin Shafie Afandi  Juruteknik Komputer  FT17 
16.  Encik Mohd Adib Bin Zulkefli  Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
17.  Encik Nor Hashim Bin Mustafa  Penghantar Notis  N11 
18.  Encik Mohd Azmi Bin Dahalan  Pemandu Kenderaan  H11 
19.  Encik Shuhaimi Bin Abu Bakar  Pembantu Operasi  N3 

 

Sistem MySolve

Sistem MySolve

untuk

(Orang Islam Sahaja)



Adalah satu sistem yang akan menyelesaikan Kes dalam tempoh 1 (SATU) HARI  yang
merangkumi perkara-perkara berikut:

1.        (Sistem Permohonan Pendaftaran Peceraian atau Cerai dengan  Persetujuan Bersama )

2.        (Sistem Permohonan Pendaftaran Pengesahan Lafaz Cerai )

Sistem ini terbuka kepada orang ramai yang beragama ISLAM di Perak sahaja ingin berurusan dengan Mahkamah Syariah bagi kes-kes yang dinyatakan diatas. Pemantauan juga dilakukan oleh pihak pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) dan kakitangan Mahkamah Syariah di setiap daerah pada setiap hari. Sistem ini juga membantu memudahkan pelanggan dan orang awam membuat pendaftaran Permohonan Cerai dan Permohonan Lafaz cerai dan tanpa perlu hadir ke Mahkamah berulangkali.

Ia juga dapat menjimatkan Kos dan Masa untuk berurusan di Mahkamah Syariah. Sistem ini juga membantu mempercepatkan proses permohonan berbanding Procedure biasa yang dilakukan sebelum ini. Pelanggan juga akan mendapatkan maklumbalas dengan cepat bagi setiap permohonan.

Sila gunakan MANUAL PENGGUNA  yang disediakan sebagai panduan. Perkhidmatan secara atas talian (Online) JKSPk ini disediakan dengan kerjasama KPerak Corpration Anak Syarikat Kerajaan Negeri Perak

Syarat-syarat Permohonan Pendaftaran Perceraian.

  1. Pemohon/plaintif mestilah bermastautin di daerah yang berhampiran di Mahkamah Syariah.
  2. Lengkapkan saman/permohonan seksyen 47 (4 salinan) "Muat Turun Borang Seksyen 47 " beserta Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Nikah/Sijil Rujuk;
  3. Bagi Kes Pengesahan lafaz cerai pula borang seksyen 57 diperlukan "Muat Turun Borang Seksyen 57 ".
  4. Jika alamat dalam Kad Pengenalan bukan berasal dari daerah berhampiran mahkamah, pengesahan pelu dilakukan mestilah lampirkan bersama pengesahan pemastautin di Mukim Berkenaan, daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional, Penghulu Mukim @ pengesahan bekerja di daerah berkenaan daripada majikan;
  5. Bayaran pendaftaran permohonan sebanyak  RM 50.00
  6. Plaintif dan Defenden MESTILAH sama-sama setuju bercerai cara baik.
  7. Berpakaian Kemas dan Menutup Aurat.;


Makluman Tambahan

1. Sekiranya tidak memperolehi maklumbalas selepas 3 hari dari tempoh permohonan dibuat pemohon perlu
    menghubungi pihak Mahkamah yang dipohon seperti di Nombor telefon yang dinyatakan;

2. Pastikan KEHADIRAN kedua-dua pasangan pada tarikh yang ditetapkan sekiranya gagal pendaftaran akan
    dilakukan mengikut prosedure biasa;

3. Pendaftaran sistem Mysolve akan terbatal secara "automatik" sekiranya pihak Plaintif dan Defenden GAGAL 
    hadir pada tarikh yang ditetapkan dan perlu membuat permohonan semula.

Semakan secara online boleh dilayari melalui laman sesawang berikut: