img1               img2                 img3                   img4  
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

Sistem Kualiti




POLISI KUALITI JABATAN

 

Beriltizam dalam melaksanakan keadilan dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan bernilai tambah.

 
  • Menambahbaik kualiti perkhidmatan secara berterusan.
 
  • Melebihi kepuasan pelanggan tanpa menyanggahi prinsip keadilan yang ditentukan oleh hukum syara’ dan peruntukan perundangan
 
  • Menghayati dan melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang mematuhi keperluan standard, panduan dan amalan terbaik antarangbangsa bersesuaian dengan hukum syara’ dan peruntukan perundangan

Pencapaian Piagam Pelanggan

 

 

Laporan Dari Jan sehingga Jun 2019prestasipiagamSemakan Akhir: Ogos 2019


**Nota Makluman :
Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Kehakiman Syariah Perak diukur secara berkala setiap 6 bulan sekali iaitu pada Bulan Jun (Semakan Laporan Julai) dan Disember (Semakan Laporan Januari) atau mengikut perubahan.

Piagam Pelanggan

 
PIAGAM PELANGGAN

  • Menetapkan tarikh sebutan /bicara semasa hari Pendaftaran
  • Menyebut/membicarakan sesuatu kes Mal dan Jenayah dalam masa 21 hari selepas di daftarkan.
  • Menyelesaikan kes Mal dan Jenayah dalam setahun sekurang-kurangnya 65% daripada kes Mal dan Jenayah yang didaftarkan
  • Menyelesaikan kes Mal dan Jenayah yang tertunggak sebelum tahun semasa sekurang-kurangnya 65%
  • Menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas setiap aduan pelanggan yang diterima dalam tempoh 14 hari berkerja dari tarikh aduan diterima
  • Pendengaran pertama sesuatu kes rayuan didengar dalam masa 30 hari selepas naskah rekod rayuan diterima daripada Mahkamah yang keputusannya dibuat



  

Dasar Jabatan

 

 VISI 
 “Menjadi Institusi Kehakiman Yang berwibawa” 

 MISI 
Melaksanakan Pengadilan, Pengurusan Mahkamah dan Perkhidmatan sokongan secara professional, berkesan dan bersistematik berasaskan peruntukan undang-undang Islam yang seragam untuk mencapai keredhaan Allah .

 FUNGSI 
Menguruskan perbicaraan dan membuat keputusan/hukuman secara adil mengikut hukum syarak dan undang-undang.

 MOTTO 
 “Syariah Asas Keadilan” 



Pengenalan Jabatan


Sejarah Jabatan Kehakiman Syariah Perak

Mahkamah Syariah Era Kesultanan Melayu

Di zaman Kesultanan Melayu, keadilan telah di laksanakan di Mahkamah Syariah dengan di adakan Rayuan Sultan. Keadaan ini kekal sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah. Undang-undang Islam telah dilaksanakan di dalam semua bidang yang meliputi Undang-undang Keluarga, Jenayah, Undang-undang Tanah dan Mal.

Bermula daripada Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 hinggalah kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, suatu ketetapan telah disepakati secara bersama bahawa segala perkara berhubung Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu hendaklah berada di bawah bidangkuasa Raja Melayu. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan yang telah diamalkan sehingga ke tahun 1900 tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh permulaan kuatkuasa undang-undang tersebut. 

Adalah dipercayai bahawa undang-undang itu telah mula dilaksanakan semenjak pemerintahan al-Marhum Sultan Idris Murshidul A’azam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar iaitu pada tahun 1887 hingga 1916. Undang-undang Perak atau juga dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara undang-undang dalam pelbagai aspek.

Antara perkara yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak ialah:-

• Tugas serta tanggungjawab pemerintah : merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan atau Yang Di-Pertuan Agong dalam sektor pemerintahan serta para-para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam tampuk pemerintahan.

• Peraturan Adat Istiadat : sebagai contoh Adat menghadap Raja, Adat perlantikan Raja, Adat Berbahasa semasa berada dalam istana dan sebagainya.

• Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah : contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan sebagainya.

• Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal kekeluargaan : contohnya; perkahwinan, penceraian, pemahagian harta dan sebagainya.

 

Muat Turun

 

 Profil Jabatan

Mengikut peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam(Perak) 1992,[Enakmen Perak Jil. 46,Bil 4 Tahun 1993], Mahkamah Syariah di dalam negeri ini diwujudkan dalam tiga peringkat,iaitu;

  1.      Mahkamah Rayuan Syariah
  2.      Mahkamah-mahkamah Tinggi Syariah
  3.      Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah *Pada hari ini ada 9 Daerah

Ketiga-tiga peringkat Mahkamah Syariah yang tersebut itu, diwujudkan melalui sebuah jabatan yang dikenali dengan nama
Jabatan Kehakiman Syariah Perak.

 Daerah Mahkamah Tinggi Syariah Perak 
mahkamh

 Daerah Mahkamah Rendah Syariah Perak 
mahkamh

Lebih banyak artikel..