img1               img2                 img3                   img4  
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

Proses Mendapatkan Surat Cerai

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertanggungjawab dalam mengeluarkan Surat  Perakuan Cerai kepada semua pasangan yang telah sahkan bercerai oleh mana-mana Mahkamah Syariah di dalam Negeri Perak.

Bagi mendapatkan surat cerai dari pihak JAIPk pasangan perlu membawa

1.  SURAT PERAKUAN NIKAH / SURAT PERAKUAN PERSEKEDUDUKAN SEMULA (RUJU’) yang ASAL  

2.   WANG BAYARAN FI SEBANYAK  RM 15.00 DIKENAKAN BAGI TUJUAN PROSES  

ke alamat berikut:

Bahagian Pembangunan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)

Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,

30000 Ipoh, Perak

 

Proses menyediakan Surat Perakuan Cerai akan disiapkan dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja dari tarikh penyerahan dokumen tersebut. Sekian Terima Kasih