Dengan penganugerahan tersebut, anak kelahiran Dungun, Terengganu itu menerima RM50,000, plak dan sijil.

Dalam majlis sama, sembilan individu lain menerima Anugerah Maulidur Rasul antaranya adalah empat ahli akademik iaitu Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail, Prof. Madya. Dr. Hafidzi Mohd. Noor, Datuk Saleh Mad dan Datuk Mahamud Abdul.

Selain mereka ialah penyanyi nasyid, Nazrey Johari; pendakwah bebas, Muhammad Abdullah; Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Kolonel Mohd. Sakri Husin dan atlet paralimpad, Mohd. Azlan Mat Lazim.

Para penerima Anugerah Maulidur Rasul masing-masing menerima RM20,000, plak, sijil dan hadiah iringan.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - UTUSAN ONLINE