facebookinstagramblog RSS

      img1               img2                 img3                   img4  
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

20.08.2018: Dua janda mengaku khalwat?

Dengan itu, mereka mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) ( Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Berdasarkan fakta kes, serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah selepas menerima maklumat awam adanya aktiviti tidak sihat di lokasi tersebut.

Semasa tiba di hadapan pintu utama, didapati ianya tertutup rapat sebelum dibuka oleh seorang perempuan selepas beberapa kali diketuk dan diberi salam beberapa kali.

Pemeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki sedang bersembunyi di sebalik pintu bilik, dalam keadaan hanya bertuala.

Turut bersama di dalam bilik tersebut, seorang kanak-kanak sedang tidur yang juga anak kepada perempuan tersebut sebelum siasatan seterusnya mendapati mereka tiada hubungan suami isteri sah ataupun mahram.

Di mahkamah sama, seorang janda bersama pasangannya yang bekerja sebagai pembancuh air dikenakan denda RM2,500 atau dua minggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda juga kerana kesalahan berkhalwat.

Mohd Fakhruddin membuat keputusan itu selepas janda berusia 36 tahun dan pasangannya yang berusia 21 tahun itu mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Pasangan itu mengaku salah melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Kesom, Manir, di sini, kira-kira jam 11.40 malam, pada 14 Mac lalu.

Mengikut fakta kes, pemeriksaan di lakukan di rumah terbabit sebelum menjumpai pasangan itu di dalam bilik pertama manakala pemeriksaan ke atas bilik kedua menjumpai seorang kanak-kanak lelaki sedang tidur.

Siasatan mendapati mereka bukan pasangan suami isteri yang sah atau mahram manakala kanak-kanak lelaki itu merupakan anak kepada wanita terbabit.

Pendakwaan kesemua kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Khanurulhajja Mustafar.

 

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-janda-mengaku-khalwat-183491