img1               img2                 img3                   img4  
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

12.08.2018: Cubaan 'buat onar' dalam kereta gagal, pasangan lesbian di Dungun didenda, disebat

Terdahulu, dalam penghakimannya, Kamalruazmi berkata, kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius dan bertentangan dengan fitrah yang ditentukan Allah.

"Hukuman setimpal perlu dikenakan bagi memberi peringatan dan pengajaran kepada kamu berdua serta masyarakat umum hari ini," katanya.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan perhubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, jam 1.50 tengah hari, pada 8 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mohd Khasmizan Abdullah.

Bagaimanapun, Kamalruazmi menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh pelaksanaan hukuman sebat dan kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM1,500 dengan dua penjamin setiap seorang sementara menunggu pelaksanaan hukuman sebat.

Sinar Harian sebelum ini ada melaporkan dua wanita disyaki pasangan lesbian dicekup ketika sedang asyik berasmara di dalam sebuah kereta di Arena Merdeka, Dungun.

Pasangan berusia 32 dan 22 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.50 petang oleh sepasukan Penguatkuasa Syariah Daerah Dungun.

Pasangan itu mengaku memilih melakukan hubungan kelamin sejenis kerana merasa lebih selamat berbanding melakukan hubungan dengan lelaki, malah mereka turut mengaku sudah kerap 'terlanjur'.

Dalam serbuan itu juga, penguat kuasa turut menemui satu alat kelamin lelaki tiruan yang disorokkan di bawah kerusi pemandu dipercayai untuk memuaskan nafsu.

 

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cubaan-buat-onar-dalam-kereta-gagal-pasangan-lesbian-di-dungun-didenda-disebat-182829