facebookinstagramblog RSS

      img1               img2                 img3                   img4  
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

9 Julai 2018 - Pegawai kanan SPRM didakwa beri maklumat palsu dalam kes khalwat

Beliau didakwa memberi maklumat palsu pada butiran nama pasangan dalam borang maklumat peribadi, Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, kepada kakitangan jabatan agama itu, Fatin Afikah Mohamad Mustapa, 28.

 

Fikri didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat JAIS, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5 di sini, pada kira-kira pukul 4 pagi 16 Dis 2017.

Beliau juga didakwa melakukan kesalahan sama dengan seorang lagi kakitangan JAIS, Mariah Mukhyuddin, 26, di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 177 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Raja Noor Adilla membenarkan Fikri dibebaskan dengan jaminan RM3,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 6 Ogos depan untuk serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin sementara pegawai SPRM itu diwakili peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin.

Pada 3 Mei lepas, Fikri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling atas tuduhan berkhalwat dengan seorang kakitangan SPRM di sebuah kondominium di Seri Kembangan dekat sini, pada Disember tahun lepas.

-- BERNAMA

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pegawai-kanan-sprm-didakwa-beri-maklumat-palsu-dalam-kes-khalwat-180003