facebookinstagramblog RSS

      img1               img2                 img3                   img4  
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

11.06.18: Undang-undang syariah hanya untuk orang Islam - Centhra

Justeru beliau berkata, pandangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa bukan Islam mempunyai hak untuk terlibat dalam perdebatan mengenai undang-undang, termasuk yang memberi kesan kepada mereka secara tidak langsung seperti Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan), adalah salah.

"Kami di Centhra sentiasa mengekalkan bahawa undang-undang syariah, khususnya RUU355 hanya memberi kesan kepada umat Islam dan tidak kena mengena dengan orang bukan Islam," katanya.

Azril juga tidak bersetuju dengan pandangan Anwar bahawa RUU335 hanyalah semata-mata interpretasi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ia tidak begitu kerana bidang kuasa mahkamah secara rutinnya sentiasa meningkat, sejak bidang kuasa mahkamah dinaikkan pada 1984 dan mahkamah sivil juga mempunyai bidang kuasa mereka sendiri yang dinaikkan pada 2010," menurut kenyataan itu.

Terdahulu pada Ahad, Anwar dilaporkan berkata orang bukan Islam di Malaysia mempunyai hak untuk terlibat dalam perdebatan semua undang-undang termasuklah RUU355, kerana ia juga boleh memberi kesan kepada mereka. -- Bernama

 

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/undang-undang-syariah-hanya-untuk-orang-islam-centhra-177855