facebookinstagramblog RSS

      img1               img2                 img3                   img4  
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

270218: Murtad: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan murtad empat individu

.

Menurutnya, terdapat Seksyen 68 dan 69 Ordinan Majlis Islam Sarawak yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah Sarawak  untuk mendengar perkara berhubung isu murtad dalam Islam.

Keputusan dibuat lima anggota panel hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang, terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli  Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan Hakim Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan serta Tan Sri Ramly Ali.

Semalam mahkamah mendengar penghujahan para peguam tentang sama ada Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa itu kerana tidak dinyatakan dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001 dan persoalan itu dibangkitkan oleh empat individu berkenaan yang memohon  perintah mahkamah untuk membatalkan status mereka  sebagai  beragama  Islam  dan memaksa Jabatan  Pendaftaran  Negara untuk mengiktiraf mereka  sebagai beragama Kristian.

Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen meninggalkan lslam secara sukarela dan menganut Kristian sementara Tiong Choo Ting @ Mohd Syafiq Abdullah, keturunan  Bidayuh Kristian yang memeluk Islam untuk berkahwin dengan  wanita Islam, kemudian memutuskan  untuk kembali menganut  Kristian selepas isterinya meninggal dunia.

Dua orang lagi Salina Jau Abdullah keturunan Kayan/Kenyah Kristian yang memeluk Islam untuk berkahwin dengan lelaki Melayu Islam, kemudian menganut Kristian semula selepas bercerai, dan Jenny Peter @ Nur Muzdhalifah pula, seorang Melanau Kristian yang memeluk  Islam untuk berkahwin seorang lelaki Islam juga  memutuskan  untuk kembali menganut Kristian  selepas bercerai.

Keempat-empat mereka meminta interpretasi Mahkamah Persekutuan terhadap Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak 2001, dan menamakan pengarah Jabatan Islam Sarawak, Majlis Islam Sarawak, ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan kerajaan negeri sebagai responden.

Beberapa hari sebelum itu, peguam mereka Baru  Bian dilaporkan berkata, jika benar Mahkamah Syariah Sarawak tiada  kuasa sedemikian maka perkara itu akan kembali ke Mahkamah Tinggi dan jika Mahkamah Persekutuan menjawab persoalan undang-undang secara afirmatif, rayuan akan ditolak dan perayu akan kembali ke Mahkamah Syariah untu membuat permohonan keluar Islam.

-- BERNAMA

 

 

 

Rujukan: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/murtad-mahkamah-persekutuan-tolak-rayuan-murtad-empat-individu-169171