250218: Dua minggu hilang, kakitangan mahkamah akhirnya dijumpai
Sebelum ini, polis menemui kereta jenis Perodua Alza milik mangsa yang ditinggalkan dalam keadaan berkunci di Jalan Jenderam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya.
Usaha pencarian mangsa turut diperluaskan sekitar 100km dari kawasan berkenaan selepas isterinya membuat aduan tentang kehilangannya.
Mangsa kali terakhir dilihat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di Taman Sri Hartamas di sini pada 12 Feb lalu dengan berpakaian pejabat, baju berwarna gelap, berseluar kelabu dan berkaca mata.
Rujukan: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-minggu-hilang-kakitangan-mahkamah-akhirnya-dijumpai-169030