facebookinstagramblog RSS

      img1               img2                 img3                   img4  
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

190218: Pencarian kakitangan Mahkamah Syariah diperluas

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata pihaknya meluaskan kawasan pencarian terbabit dengan harapan dapat menemui mangsa bagi menjawab segala tanda tanya mengenai kehilangannya.

"Saya harap dengan tindakan itu, kami dapat menemui mangsa.

"Kami akan tetap meneruskan misi pencarian ini walaupun masih tiada sebarang maklumat terkini mengenai mangsa diperolehi, " katanya ketika dihubungi, hari ini.

Susulan penemuan kenderaan PERODUA Alza milik mangsa yang dijumpai semalam, di Jalan Jenderam, dalam keadaan berkunci dan ditinggalkan di lokasi berkenaan sejak beberapa hari, menimbul pelbagai tanda tanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mangsa, Azmee Elias, 36, yang dilaporkan hilang selepas menjadi tular di media sosial dan kali terakhir dilihat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, pada 12 Februari lalu.

"Bagi mempermudahkan misi pencarian terbabit, kami mendapat bantuan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan orang ramai untuk mencari di sekitar kawasan terbabit.

"Kami turut menghantar Unit Anjing Pengesan (K9) bagi membantu mengesan mangsa dengan lebih pantas," katanya.

Rujukan: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/02/390254/pencarian-kakitangan-mahkamah-syariah-diperluas