facebookinstagramblog RSS

      img1               img2                 img3                   img4  
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

24 Julai 2016:Ustaz Kazim kurangkan ceramah

MANJOI – Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengakui beliau kini memperlahankan aktiviti ceramah selepas menjalani rawatan angiogram, Februari lalu.

Beliau berkata, kesan rawatan itu, beliau disarankan untuk lebih banyak berehat bagi membolehkan kesihatannya benar-benar stabil.

“Jika saya pergi ceramah pun dua hari sahaja, selepas itu saya balik ke rumah untuk berehat. Seperti bulan lepas saya terima 10 ceramah, yang selebihnya untuk berehat.

“Doktor nasihatkan saya banyak berehat kerana keadaan jantung masih belum stabil, kedudukan buah pinggang pun tak begitu memuaskan,” katanya pada sidang media sempena sambutan ulang tahun ke-10 Pusat Pendidikan Al Barakah semalam.

Mohd Kazim berkata, masalah kesihatannya itu juga memberi kesan kepada jadual tidurnya apabila mengalami masalah gangguan tidur, berkemungkinan akibat terlalu banyak berfikir.

“Masalah itu sampai sekarang masih ada. Semalam pun saya tidak tidur, hanya rehat sejam sahaja. Doktor cakap jika tidak tidur semua benda tidak stabil,” katanya.

Bagaimanapun beliau melihat keadaan itu dari sudut positif apabila memberi ruang kepadanya menulis sebuah buku.

“Disebabkan tidak dapat tidur, saya kini sedang menulis sebuah buku baharu bertajuk 10 ciri peribadi hebat yang mana akan disiapkan dalam dua hingga tiga bulan lagi,” katanya.

Beliau berkata, bukunya akan berada di pasaran selewat-lewatnya akhir tahun ini.