facebookinstagramblog RSS

      img1               img2                 img3                   img4  
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

Jawatankuasa Perlu Proaktif Majukan PDK

Jawatankuasa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) perlu mengambil langkah proaktif menjalinkan usahasama dengan pelbagai organisasi kerajaan dan swasta dalam usaha mewujudkan program berteraskan latihan kemahiran untuk para pelatih pusat tersebut.

Yang Dipertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, hasil penelitian, masih terdapat PDK di Perak yang memerlukan penambahbaikan dari segi pengisian modul pembelajaran serta kursus latihan kemahiran yang mampan dan konsisten.

Menurut beliau, peranan jawatankuasa PDK amatlah penting kerana merekalah yang akan berikhtiar untuk mencari kepakaran,dana dan sumber latihan kemahiran untuk disumbangkan kepada pusat masing-masing.

"Selain itu, saya juga ingin menyeru semua wakil rakyat dan pemimpin masyarakat agar menjalinkan hubungan rapat bersama PDK serta ibubapa agar kita dapat lagi bersama menyelesaikan sebarang permasalahan, menambahbaik dan memajukan pusat ini khas untuk anan-anak istimewa di sekitar negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan PDK Ikatan Kasih Bidor,Bidor pada Selasa.

Saripah berkata, matlamat utama setiap PDK adalah melatih anak-anak istimewa untuk berdikari dan berupaya menjana pendapatan sebaik sahaja mereka menamatkan sesi pembelajaran di pusat masing-masing.

Justeru itu, kata beliau, pelatih perlu dilengkapkan dengan kemahiran yang selaras dengan perkembangan semasa.

"Takkan pelatih belasan tahun masih diajar teknik mewarna sahaja, padahal mereka boleh diajar seni kraftangan atau membuat seramik, pertanian dan macam-macam lagi. "Selain itu, jawatankuasa juga perlu sentiasa mengambil inisiatif untuk mencari program yang dapat menaikkan nama PDK di peringkat kebangsaan dan mencari dana melalui program CSR,” ujarnya.

Saripah menambah, pihaknya akan sentiasa membantu, namun jawatankuasa PDK juga perlu mencari ikhtiar lain, tanpa mengharapkan sumbangan semata-mata.

Tambahnya, semua pihak perlu yakin bahawa anak-anak istimewa juga merupakan ahli masyarakat yang berkemampuan menyumbang kepada kemajuan dan mengharumkan nama negara baik dari segi penyertaan sukan, ekonomi mahupun perkembangan sosial.

PDK Ikatan Kasih merupakan pusat pemulihan dalam komuniti yang ke -39 di Perak dan merupakan salah satu daripada enam PDK di daerah Batang Padang.