facebookinstagramblog RSS

                                                           
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

06 Ogos 2014 Lawatan Audit Keselamatan Pejabat Di Majlis Perbandaran Manjung

Lawatan Audit Keselamatan Pejabat Di Majlis Perbandaran Manjung

Lawatan ini telah diadakan ;

Tarikh /Masa / Tempat : 6 Ogos 2014 | 10.00 Pagi | Bilik Mesyuarat Majlis Perbandaran Manjung
Perkara

Dimaklumkan bahawa Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSPk) adalah diantara 5 Jabatan dan agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak yang akan diaudit oleh pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

Lawatan ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah pun menjalani proses yang sama diaudit oleh Pejabat CGSO pada tahun 2013 dan berjaya mendapatkan persijilan.

Oleh yang demikian, JKSPk telah mendapatkan kerjasama dari pihak MPM bagi mendapatkan panduan dan gambaran proses bagi mendapatkan persijilan tersebut.

PENTING: Proses pengauditan akan bermula 14 sehingga 15 Ogos 2014 selama 2 hari.

Amat diharapkan setiap pegawai dan kakitangan dapat memberikan kerjasama dengan sebaiknya.

Kehadiran

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSPk)
Majlis Perbandaran Manjung (MPM)