img1               img2                 img3                   img4  
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

Persidangan Pertama Mahkamah Utama Syariah Perak

Hirarki tertinggi Mahkamah Syariah Negeri Perak yang dikenali Mahkamah Utama Syariah telah memulakan sidang pertamanya pada 16 Julai 2020 setelah diluluskan penubuhan oleh Dewan Undangan Negeri pada 5 Disember 2018 yang lalu. Prosiding kes pada pertama kali ini dikendalikan barisan 3 Hakim Mahkamah Utama Syariah yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie, Dato Hj Asa'ari B Hj Mohd Yazid, Mantan Presiden Mahkamah Rayuan Persekutuan, Tan Sri Zulkefli B Ahmad Makinuddin dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Dato' Dr. Hj Mohd Na'im B Mokhtar. Dalam prosiding semalam Mahkamah telah memutuskan memberi kebenaran merayu di bawah Seksyen 29 Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018 berkaitan tuntutan harta sepencarian yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah pada 27 Februari lalu. Terdapat 6 isu undang-undang yang akan dihujahkan oleh pihak pemohon dan Responden yang akan ditentukan kelak oleh Mahkamah setelah semua prosedur dan dokumen rayuan disempurnakan. img1 img2 img3