facebookinstagramblog RSS

                                                           
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

18 Sept 2018: PENYELENGGARAAN Pelaksanaan Migrasi E-mel E-Syariah ke MyGOVUC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YAA Dato'/YA Datuk/ YA Dato'/YA Dato' Prof Adjung Dr./YA Tuan/YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

 

Seperti mana sedia maklum, pada masa ini, sistem e-mel E-Syariah menggunakan platform IBM Domino yang sama dengan Sistem E-Syariah versi 2. Selaras dengan transformasi E-Syariah versi 3.0, platform IBM Domino tidak akan digunakan lagi.

 

Lanjutan daripada itu, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia akan melaksanakan migrasi e-mel E-syariah ke perkhidmatan MyGOVUC pada akhir Oktober 2018. Dijangka perkhidmatan e-mel MyGOVUC akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 November 2018.

 

Seperti mana yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT JKSM Bil 1/2017, YAA Dato'/YA Datuk/ YA Dato'/YA Dato' Prof Adjung Dr./YA Tuan/YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan perlu mengambil tindakan menawan e-mel sedia ada sebelum pelaksanaan migrasi. Konsep migrasi MyGOVUC adalah zero migration. Ini bermakna semua staf/ pegawai akan menerima inbox kosong dan tiada e-mel lama diimport masuk ke dalam mailbox MyGOVUC kelak. Tindakan menawan e-mel hendaklah dilaksanakan oleh setiap staf/ pegawai.

Mohon hubungi Unit ICT Negeri bagi maklumat lanjut. Pihak JKSM juga akan memaklumkan hebahan secara berperingkat kepada semua staf/ pegawai JKSM/JKSN/MSN dalam masa terdekat.

Perhatian dan kerjasama YAA Dato'/YA Datuk/ YA Dato'/YA Dato' Prof Adjung Dr./YA Tuan/YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan ke atas perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 "SYARIAH ASAS KEADILAN"

EFFAH BINTI ABU BAKAR
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia