facebookinstagramblog RSS

                                                           
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

110318 : Terengganu, Selatan Thailand kerjasama banteras sijil nikah palsu

astorawani

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd agar kerajaan negeri bekerjasama dengan Pejabat Konsulat Malaysia di Selatan Thailand untuk mengatasi masalah tersebut.

Baru-baru ini, Wan Mohd Zakri berkata perbuatan menggunakan sijil nikah palsu itu hanya terbongkar selepas soal siasat dilakukan terhadap saksi dan ahli keluarga pasangan yang hadir pada masa pernikahan dijalankan.

Ghazali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil berkata impak perkahwinan yang tidak sah itu akan memberi kesan lebih besar terutama dari segi perwarisan harta pusaka dan wali untuk zuriat.

"Dari segi hukum syarak, perkahwinan itu tidak sah kerana pasangan tidak menggunakan wali hakim yang sah sekalipun jika pernikahan berlaku dalam negara...ia tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran jurunikah wali hakim yang mendapat perkenan Sultan Terengganu.

"Insya-Allah melalui kaedah nombor siri itu dapat memastikan perkara ini tidak lagi berulang pada masa akan datang," katanya.

-- BERNAMA

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/terengganu-selatan-thailand-kerjasama-banteras-sijil-nikah-palsu-170186