facebookinstagramblog RSS

09.12.16 MAKLUMAN AWAL BERHUBUNG PERPINDAHAN PUSAT DATA JKSM

Rujukan: Mesyuarat Penyelarasan Perpindahan JKSM Ke KIP Bil.4/2016 pada 8 Disember 2016

Makluman:

Pusat Data JKSM akan berpindah dari Blok D7 ke Kompleks Islam Putrajaya Precint 3 pada 13-16 Januari 2017. Bagi tujuan tersebut semua capaian ke sistem JKSM seperti esyariah, e faraid, email dan lain-lain akan ditutup bermula jam 3 petang 13 Januari 2017. Sistem dijangka akan beroperasi semula pada 16 Januari 2017 jam 7.30 pagi. Makluman rasmi berhubung perkara ini akan dibuat oleh Unit Komunikasi Korporat dalam masa yang terdekat.

Sehubungan dengan itu, semua server yang ditempatkan di JKSM diarahkan freeze dari sebarang perubahan dan pindaan bermula 1 Januari 2017 sehingga 20 Januari 2017 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja persiapan sebelum berpindah dan untuk server kembali stabil dan beroperasi seperti biasa selepas berpindah.


Daripada;

Tuan Hasmarizwan bin Umar
Ketua Penolong Pengarah
Seksyen Operasi Teknikal
Bahagian Teknologi Maklumat,
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia