10032015| Bantuan Mengurus Jenazah Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Yang Berkhidmat Di Jabatan Kerajaan Negeri
Bantuan Mengurus Jenazah Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Yang Berkhidmat Di Jabatan Kerajaan Negeri
Bagi mempercepatkan bayaran tuntutan mengurus jenazah kepada waris anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di Jabatan Kerajaan Negeri, pentadbiran ini ada menyediakan kemudahan bayaran secara tunai.
Sehubungan dengan itu, pihak Y.Bhg Dato' /Datin/Tuan/Puan yang mewakili waris boleh mendapatkan kemudahan tersebut dengan SEGERA.Jika ada sebarang pertanyaan atau tuntutan bantuan mengurus jenazah bagi anggota Y.Bhg Dato' /Datin/Tuan/Puan,sila hubungi pegawai-pegawai berikut:-
i) Faizol Amir Bin Mohd Azraie -05-2095048
ii) Che Rohana Binti Hashim -05-2095058
iii) Norfazhilah Binti Yang Hapizi -05-2095028
Sekian, terima kasih.
Daripada :
Dato' Hj Mohd Gazali Bin Jalal
Pegawai Kewangan Negeri
Perak Darul Ridzuan
Rujukan Surat: Bil (112) dlm P.Kew.N PK.DR.15/38 Jld 3