facebookinstagramblog RSS

                                                           
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

29012015 | Pemakluman Tentang Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Bagi Urusan Pengambilan Tahun 2015 Ke Jawatan Pegawai Syariah Gred LS41 Dan Penolong Pegawai Syariah Gred LS27 Di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

PEMAKLUMAN TENTANG PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI URUSAN PENGAMBILAN TAHUN 2015 KE JAWATAN PEGAWAI SYARIAH GRED LS41 DAN PENOLONG PEGAWAI SYARIAH GRED LS27  DI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara seperti di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan mengadakan urusan pengambilan Pegawai Syariah Gred LS41 dan juga Penolong Pegawai Syariah Gred LS27 bagi tahun 2015. 

3. Sehubungan itu, tuan/puan yang telah memenuhi syarat lantikan PSL dan berminat untuk menyertai perkhidmatan Pegawai Syariah Gred LS41 dan Penolong Pegawai Syariah Gred LS27 di JKSM bolehlah mengisi borang SPA8i dan mengemelkan salinan slip pendaftaran kepada urus setia JKSM (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) sebelum 30 Januari 2015 (Jumaat). Syarat lantikan dan PSL adalah seperti dilampirkan bersama-sama emel ini.

Sekian terima kasih.

"SYARIAH ASAS KEADILAN"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

t.t
MOHD SYARIZAL BIN ABDULL HALIM
B.p. Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Klik Pautan Untuk Muat Turun Dokumen: 29012015-Syarat Lantikan Dan PSL.pdf