facebookinstagramblog RSS

                                                           
Soalan Lazim  Hubungi Kami  Aduan & Maklumbalas  Peta Laman

15 Disember 2014 (Isnin) | Pelaksanaan Penambahbaikan Modul Jenayah di e-Bicara

Berkuatkuasa 15 Disember 2014 (Isnin) | Pelaksanaan Penambahbaikan Modul Jenayah di e-Bicara
 
Dimaklumkan bahawa satu penambahbaikan modul Jenayah di e-Bicara telah dilaksanakan pada 17 November 2014 bagi membolehkan fungsi di modul Jenayah e-Bicara dapat digunakan sepenuhnya oleh hakim/pembantu hakim. Penambahbaikan modul ini telah dilaksanakan berikutan rentetan daripada hasil perbincangan bersama beberapa hakim di negeri-negeri yang memaklumkan bahawa process flow di modul Jenayah yang sedia ada di e-Bicara adalah tidak bertepatan dengan work flow hakim-hakim semasa perbicaraan bagi kes-kes Jenayah.
 
Justeru itu,  dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa penambahbaikan modul Jenayah tersebut telah pun selesai dan boleh digunakan sepenuhnya, berkuatkuasa 15 Disember 2014 (Isnin). Mohon kerjasama daripada pihak Tuan/Puan untuk memanjangkan perkara ini kepada pengguna-pengguna di mahkamah dan juga kepada KP negeri masing-masing. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih
 
Nur Zaireen Binti Adnan
Penolong Pengarah Teknologi Maklumat.
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Aras 4, Blok D7, Kompleks D 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62677 Putrajaya 
Tel: 03-88864800  Faks: 03-88895853