facebookinstagramblogtwitterRSS

Polisi Bilik Server Bahagian Teknologi Maklumat

Polisi Bilik Server Bahagian Teknologi Maklumat

Tujuan
Polisi ini diwujudkan bagi menetapkan peraturan dan prosedur akses ke Bilik Server, Bahagian Teknologi Maklumat, JKSPK.

Skop
Bilik Server, Bahagian Teknologi Maklumat merupakan kawasan akses yang terhad. Kebenaran hanya diberikan kepada Pegawai dan Kakitangan ICT, Bahagian Teknologi Maklumat sahaja yang memerlukan akses berterusan atau kekerapan menggunakan bilik server.
Kakitangan dikehendaki mengisi Buku Rekod keluar/Masuk Bilik Server bagi mendapatkan akses ke bilik server dan permohonan tersebut perlu mendapat kelulusan daripada Pentadbir Bilik Server.

Penyata Dasar 
Terdapat dua (2) jenis akses ke bilik server yang dibenarkan – kad dan pelawat.
Kad akses terhad kepada kakitangan IT, Bahagian Pengurusan Maklumat sahaja yang memerlukan akses berterusan untuk melaksanakan tugasan mereka.
Akses pelawat pula terhad kepada kakitangan IT bukan Bahagian Teknologi Maklumat, vendor atau kakitangan perkhidmatan yang dibenarkan.

Prosedur yang ditetapkan adalah seperti berikut:

a) Kad akses
Kakitangan yang mempunyai kebenaran ke bilik server adalah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan bilik server apabila memasuki atau keluar bilik server. Pintu bilik server perlulah ditutup dengan sempurna apabila memasuki atau keluar daripada bilik server.

b) Akses kemasukan pelawat
Pelawat merupakan kakitangan bukan dari Bahagian Teknologi Maklumat, vendor atau kakitangan perkhidmatan yang dibenarkan memasuki bilik server dengan pengawasan kakitangan yang mempunyai kebenaran ke bilik server. Pelawat dikehendaki mengisi Buku Rekod Keluar/Masuk Bilik Server: nama, nombor kad pengenalan, jabatan/ syarikat, tandatangan pelawat, pegawai pengiring, tarikh, masa masuk, masa keluar, tandatangan pegawai pengiring dan tujuan/ catatan.

Penguatkuasaan 
Individu yang memerlukan akses ke bilik server haruslah mematuhi polisi yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan bilik server.